Saturday, December 15, 2018

                              TOPIK 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU
      Pelajar bersetuju bahawa disiplin ialah latihan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut
peraturan yang ditetapkan. Majoriti pelajar mengatakan bahawa kepatuhan kepada peraturan
sekolah boleh membentuk pelajar menjadi individu yang bertanggungjawab dan disiplin diadakan
untuk mewujudkan suasana yang harmoni di sekolah. Sebahagian besar pelajar berpendapat
disiplin sekolah amat penting untuk menjamin kesejahteraan pelajar, guru dan sekolah bahkan
mereka bersetuju bahawa penerangan mengenai peraturan sekolah telah disebarkan secara
terperinci kepada pelajar. Majoriti pelajar juga berpendapat peraturan sekolah yang sedia ada perlu
diubah suai mengikut peredaran semasa tetapi ada juga pelajar yang berpendapat peraturan yang
ditetapkan di sekolah adalah sesuai dan tidak mengongkong. Kebanyakan pelajar tidak bersetuju
bahawa membentuk disiplin secara paksaan adalah lebih berkesan kepada pelajar sekolah kerana
pelajar akan memberontak jika mereka dwipaksa melakukan perkara yang mereka tidak suka.
     Selain itu, ramai pelajar bersetuju bahawa hanya orang yang berdisiplin sahaja boleh berjaya dansebab itulah pelajar sentiasa berusaha mematuhi peraturan sekolah walaupun peraturan itu tidak
rasional. Majoriti pelajar bersetuju bahawa kesedaran diri pelajar itu sendiri lebih baik dalam
membentuk disiplin yang berkesan. Oleh kerana itu, ramai pelajar yang tidak bersetuju memakai
pakaian menutup aurat kerana terpaksa mematuhi peraturan sekolah. Dengan wujudnya kesedaran
diri sendiri berbantukan keimanan yang jitu dalam diri pelajar dapat mendorong mereka mematuhi
disiplin yang ditetapkan dengan kerelaan diri sendiri.
     Guru juga memainkan peranan yang penting untuk mendidik pelajar selepas ibu bapa. Oleh sebab
itulah hubungan yang erat antara pelajar dan guru dapat melahirkan disiplin yang baik. Di samping
itu, guru-guru perlu menerapkan nilai-nilai murni setiap kali selepas sesi pembelajaran sama ada
di dalam kelas atau di luar kelas. Ramai pelajar yang tidak bersetuju bahawa kurangnya minat
dalam belajar menyebabkan mereka melakukan kesalahan disiplin di sekolah.
Sebahagian besar pelajar bersetuju bahawa kegiatan kokurikulum mempunyai banyak faedah
kepada pelajar dan ia dapat meningkatkan tahap dan mutu disiplin pelajar. Oleh itu, pelajar
bersedia memikul tanggungjawab apabila dilantik menjadi pengerusi persatuan atau kelab. Guruguru
juga akan mengambil tindakan apabila pelajar tidak menghadiri aktiviti kokurikulum untuk
memastikan pelajar tidak terjebak dengan perkara yang tidak berfaedah. Ada di antara mereka juga
berpendapat perhimpunan mingguan sekolah adalah salah satu cara untuk membentuk disiplin
pelajar.
secara kesimpulan, apa yang dapat dipelajari adalah dengan melantik pengawas sekolah adalah dapat membantu mengawal peraturan sekolah serta membantu rakan lain dalam mengikuti peraturan
sekolah. Dan seterusnya guru disiplin akan menggunakan rotan sekiranya pelajar melakukan
kesalahan. Ada juga pelajar bersetuju mengimplikasi peraturan menggantung pelajar daripada
persekolahan apabila mereka didapati bersalah melanggar disiplin dapat mengurangkan masalah
disiplin sekolah.

No comments:

Post a Comment