TOPIK 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
Menurut Kamus Dewan Edisi ke 4 pelbagai bermaksud perihal pelbagai jenis. Budaya pula
ditakrifkan sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal, budi (cara berfikir, berkelakuan
dan sebagainya). Ia juga merupakan sifat budaya, yang mengenai kebudayaan yang sudah maju
(akal budi). Ini dari segi bahasa, dari segi istilah pula ia merupakan satu sistem kepercayaan dan
tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok dalam
sebuah organisasi atau masyarakat mengakui dan menghargai perbezaan sosial-budaya dan
menggalakkan serta menerima sumbangan berterusan mereka dalam kontek dan budaya yang
inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.
Tiga isi penting yang dapat diperolehi dalam topik ini ialah perbezaan individu, kepelbagaian
pelajar dan peranan sekolah serta tujuan dan strategi perbezaan. Dari segi hakikat kejadian,
manusia memang berbeza antara sau sama lain. Para pendidik haruslah sedar tentang hakikat ini
kerana telah termaktub dalam FPN. Namun terdapat guru yang mengajar seolah-olah semuanya
sama tahap, seperti kebolehan, kesediaan, motivasi dan jangkaan masa yang diperlukan untuk
belajar. Keadaan ini memerlukan kaedah dan teknik pengajaran yang bebeza. Sebahagian pelajar
memerlukan bimbingan secara terus oleh guru namun terdapat sebilangan pelajar pula mampu
belajar secara berkesan dengan penglibatan guru yang minimum. Dalam kalangan pelajar pula
mengalami perbezaan dari segi bangsa, agama, taraf keluarga dan gender. Ia juga melibatkan
golongan minoriti iaitu orang kurang upaya dan golongan minoriti (orang asli).
Selain itu, kepelbagaian pelajar dan peranan sekolah. Sekolah memikul tanggungjawab bagi
memastikan sama ada struktur program mereka responsif terhadap kepelbagaian pelajar. Cara yang
digunakan ialah pendidikan inklusif. Pendekatan pendidikan inklusif ini adalah satu model untuk
sekolah-sekolah menangani ciri kepelbagaian di kelas biasa. Menurut Sabri Salleh Timbalan Ketua
Pengarah Pendidikan (1996) pendidikan inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah
pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar
bersama-sama dengan murid-murid normal iaitu di dalam kelas yang sama dan di ajar oleh guru
biasa.
secara kesimpulannya,tujuan dan strategi merupakan perkara yang berbeza, tujuan merupakan galakan kepada kejayaan pembelajaran. Dengan ini, pelajar daripada latar belakang dan kebolehan yang berbeza dapat membuktikan apa yang mereka tahy, faham dab aoa yang boleh dilakukann. Ini
membuka peluang kepada pelajar untuk diberi tugas-tugas yang sesuai dan releven dengan
kebolehan mereka. Terdapat jenis-jenis perbezaan yang boleh digunakan oleh guru untuk
mengubahsuai pengajaran mengikut keperluan pelajar dan kurikulum. Antara jenis perbezaannya
ialah perbezaan isi kandungan, minat, kadar belajar, tahap, akses dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment