TOPIK 8: STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN
Topik ini menerangkan mengenai pengurusan bilik darjah. Dua pengurusan sumber yang perlu
dikuasai oleh guru adalah pengurusan sumber manusia dan sumber fizikal. sumber manusia
merupakan satu faktor yang perlu diberi perhatian bagi memastikan visi dan misi untuk
kepentingan manusia itu sendiri dalam sesebuah organisasi dapat dilestarikan secara optimum.
Manakala, Sumber fizikal adalah sumber yang berkaitan dengan kebendaan atau alam semula jadi.
Manakala sumber fizikal di dalam bilik darjah pula seperti yang kita tahu merangkumi segala
kemudahan dan peralatan yang terdapat di dalamnya seperti kerusi meja untuk pelajar dan guru,
papan hitam, papan kenyataan, ruang bacaan, almari buku, alat bantu mengajar (ABM) dan
sebagainya.
Selain itu, ilmu yang perlu diterapkan dalam diri seseorang guru itu adalah ilmu pengurusan bilik
darjah, ilmu interaksi yang berkesan, ilmu pengurusan bilik darjah, ilmu pengurusan iklim bilik
darjah, dan ilmu pembelajaran dan pengajaran. Kesemua aspek ini perlu dikuasai oleh seseorang
guru sewaktu mengajar di dalam bilik darjah. Kemahiran juga diperlukan untuk mengurus bilik
darjah. Kemahiran pengurusan sumber fizikal, bahan mengajar, pengurusan kaunseling,
kemahiran pengajaran dan pembelajaran serta kemahiran pengurusan sumber manusia. Strategi
yang berkesan juga diperlukan sewaktu mengurus bilik darjah. Antara strateginya adalah seperti
perancangan murid, perancangan bilik darjah, wujudkan suasana kondusif, dan menyampaikan
pengajaran dengan menggunakan teknologi terkini.
secara kesimpulannya, seorang guru hasruslah mahir dalam mengawal bilik darjah kerana dengan setiap ilmu inilah yang akan memberi dan menarik minat pelajar terhadap setiap proses pembelajaran dan pengajaran yang berlangsung.
No comments:
Post a Comment