TOPIK 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
Sudah menjadi fitrah setiap manusia yang cinta akan sesuatu yang cantik, bersih dan ceria.
Begitulah juga dengan pelajar-pelajar sekolah yang memerlukan persekitaran sekolah yang baik
bagi merangsang pembentukan jiwa yang tenang dan aman dalam menimba ilmu pengetahuan.
Jadi tidak hairanlah mengapa pihak pengurusan sekolah amat menekankan aspek iklim dan
persekitaran sekolah yang baik. Mana mungkin pelajar dapat belajar dengan tenteram sekiranya
persekitaran sekolahnya kucar kacir, kotor, berbau dan bising.
Pada kebiasaanya, sebuah sekolah yang iklimnya dianggap positif mempunyai ciri-ciri fizikalsekolah yang bersih dan menarik, hubungan sosial yang baik antara semua warga sekolah serta
suasana kerja yang produktif. Manakala iklim negatif atau tertutup lazimnya mempunyai keadaan
sekolah yang kucar-kacir, kurang selamat, tidak tenteram dan teratur, malah sering menghadapi
konflik dan masalah disiplin (Mok Soon Sang, 2003).
Pada amnya, iklim dan persekitaran sekolah akan membawa pengaruh yang penting terhadap
pembentukan tingkah laku, imej mental, aspirasi dan interaksi sosial bagi anggota-anggota di
dalamnya (Abdullah Sani bin Yahya, 2007). Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa sekolah
yang berpencapaiaan tinggi mempunyai tahap keceriaan yang lebih baik berbanding sekolah yang
persekitarannya kurang ceria (Mohd Redzauddin bin Ismail, 2008). Oleh hal yang demikian,
suasana dan iklim sekolah adalah amat penting dalam membantu pelajar untuk belajar dengan
tenteram dan selesa.
Selain itu, apabila kawasan persekitaran sekolah yang cantik dan ceria, pelajar tidak akan jemu
untuk hadir ke sekolah lagi kerana merasa bahagia berada di kawasan sekolah. Hal ini bukan sahaja
dapat mengelakkan masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar malah masalah disiplin
pelajar dapat dikurangkan kerana emosi pelajar tidak terganggu. Dalam masa yang sama, sesebuah
sekolah yang cantik dan menarik pasti akan mendapat pujian daripada pelbagai pihak terutamanya
ibu bapa pelajar yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Mereka akan bertambah yakin
dengan pihak pentadbiran sekolah yang mampu mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi
membantu proses pembelajaran anak-anak mereka.
secara kesimpulan, tidak dapat dinafikan terdapat beberapa halangan dalam meralisasikat hasrat tersebut, antara halangan tersebut adalah.
Salah satu halangan terhadap melaksanakan sesuatu projek keceriaan biasanya timbul daripada
masalah kewangan. Dalam hal ini, semua pihak patut bekerjasama termasuklah, pengetua, guruguru,
staf-staf sekolah, para pelajar dan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Pihak sekolah
perlu berusaha mencari penaja, pelajar pula boleh menjalankan kutipan derma melalui program program tertentu, guru-guru pula membantu para pelajar menjalankan program-program amal.
Sekiranya iklim dan persekitaran sekolah dalam keadaan yang bersih dan ceria, sudah pasti
motivasi dan prestasi pelajar dapat ditingkatkan ke tahap yang optimum seterusnya mewujudkan
budaya sekolah yang positif.
No comments:
Post a Comment