TOPIK 12: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA
Pengurusan murid pelbagai upaya membincangkan tenang bagaimana pengurusan yang khusus
kepada pelajar yang berkeperluan khas. Ia juga membincangkan program-program pendidikan
yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan perkembangan
fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas.
Tiga isi penting yang diperolehi dalam topik ini ialah pengurusan murid pelbagai upaya ini
memfokuskan kepada empat topik perbincangan iaitu pemulihan, penggayaan, pelbagai
kecerdasan dan keperluan khas. Program pemulihan dan penggayaan diwujudkan atas arahan
Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan untuk memastikan murid-murid yang menghadapi
masalah dalam pembelajaran mampu untuk belajar sekiranya guru-guru menggunakan kaedah
pembelajaran yang sewajarnya. Selain itu, pelbagai kecerdasan ialah teori yang diperkenalkan oleh
seorang tokoh barat iaitu Howard Gardner. Teori ini membincangkan tentang pelbagai keupayaan
yang dimiliki oleh murid yang mempunyai kecerdasan dan kepintaran luar biasa. Melalui topik
ini, pelbagai masalah pembelajaran dibincangkan seperti masalah disleksia, hiperaktif, sindrom
down, autisme dan kerencatan mental.
Sebagai kesimpulan,daripada keseluruhan topik ini,pelajar-pelajar pelbagai upaya memerlukan
pengajaran pada kelajuan yang sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang
realistik dan peluang sesuai untuk mereka mencapai potensinya. Walau bagaimanapun kanakkanak
pintar cerdas tidak seharusnya diasingkan dengan kanak-kanak normal kerana kita tidak
boleh wujudkan pengasingan sosial kepada mereka. Kesedaran sosial datang bersama pengalaman.
Menurut Leinhard & Pallay (1982), persekitaran yang sesuai untuk perkembangan potensi pelajar
pintar cerdas adalah seperti kelas yang kecil (10-15 murid), masa ditingkatkan untuk aktiviti
kognitif, kelajuan yang sesuai dan peningkatan masa pengajaran guru, memberi tugasan yang
bersesuaian banyak dan tumpuan kepada kognitif di dalam pembelajaran.
No comments:
Post a Comment