TOPIK 7: PENGURUSAN SUMBER
Pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber ialah segala usaha guru bagi melengkapkan
pendekatan dan strategi pengajaran dengan melibatkan pelajar supaya belajar melalui penggunaan
sumber-sumber pembelajaran. Antara sumber yang sering digunakan oleh pelajar dan guru di
sekolah ialah pusat sumber. Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah sebuah tempat yang menyediakan
kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis.
Pusat sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan keperluan bagi memperkukuhkan
pengajaran-pengajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan
ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar
sepanjang hayat. Pusat sumber sekolah merupakan institusi yang paling utama di dalam sistem
pendidikan negara kerana peranan yang dimainkannya sebagai tempat menyediakan bahan,
khidmat, kemudahan pengajaran dan pembelajaran.
Interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah banyak hala iaitu di antara guru dengan bahan, bahan
dengan murid dan guru dengan murid dan bahan. Strategi ini mengutamakan kecekapan dan
kemahiran murid dalam memanipulasikan pelbagai jenis bahan. Strategi ini lebih sesuai digunakan
oleh guru kerana ia menekankan perkembangan jasmani, kognitif dan rohani murid-murid.
Pembelajaran berasaskan sumber sangat berguna dalam membantu guru menghadapi murid
pelbagai keperluan. Strategi ini menyediakan pelbagai wahana untuk murid belajar untuk kadar
masing- masing pada setiap masa dan di tempat pilihan mereka.
Secara umum, bahan bermakna apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran termasuklah
pengetahuan dan nilai-nilai. Dari segi teknologi pendidikan, apa yang diguna untuk menyampaikan
pengajaran dan menjadi rangsangan pelajaran digolongkan sebagai media pendidikan. Koleksi
bahan buku dan bukan buku yang boleh membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran
sama ada bagi keperluan guru atau murid. Antara komponen pembelajaran berasaskan sumber
ialah (1) penggunaan buku teks, (2) aktiviti penelitian, (3) pencarian bahan dari pelbagai sumber,
(4) latihan penyelesaian masalah dan (5) penggunaan alat pandang dengar.
Strategi pemusatan bahan terbahagi kepada dua kategori iaitu bahan pengajaran dan bahan
pembelajaran. Bahan-bahan yang digunakan ialah seperti carta, graf, peta specimen, model
gambar, slaid video, perakam pita dan projektor. Bahan yang lebih canggih adalah pakej
pembelajaran berasaskan komputer, CD-ROOM, komputer multimedia, cakera padat interaktif,
bahan daripada internet, persidangan-tele dan persidangan-video. Strategi ini memupuk sifat-sifat
sosial yang positif khasnya bila murid dan guru berkongsi sumber dan bahan.
Selain itu, guru perlu memainkan peranan yang penting bagi menanam minat membaca dalam kalangan murid. Dengan membaca pelbagai jenis buku, murid akan mendapat pelbagai ilmu
pengetahuan secara tidak langsung. Koleksi bahan buku dan bukan buku yang juga boleh
membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada bagi keperluan guru atau murid.
Secara rumusannya, dengan adanya pusat sumber ini hasrat kerajaan akan tercapai iaitu bagi melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Oleh itu, pihak guru perlu menjalankan pelbagai aktiviti supaya hasrat kerajaan tercapai seperti mengadakan melaksanakan Program Galakan Membaca di sekolah. Justeru, PSS perlu membina koleksi bahan bacaan tambahan (BBT) yang berkualiti dan pelbagai bagi menarik membaca dan seterusnta mengekalkan pembelajaran sepanjang hayat.
No comments:
Post a Comment