Saturday, December 15, 2018

                      TOPIK 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
    Setiap bakal guru perlu lah membuat persediaan dari segala sudut sebelum melangkah ke alam
persekolahan. Persediaan yang rapi membolehkan guru menghadapi segala kemungkinan yang
akan berlaku ketika proses pembelajaran dijalankan. Pembelajaran akan berjalan dengan lancar,
menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi
pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. Guru perlu tahu untuk menyampaikan
kandungan pelajaran berbentuk teori dan amali. Guru perlu sentiasa mengubahsuai strategi
mengikut jangkaan keberkesanan penggunaan sesuatu kaedah. Guru yang berhasrat untuk
menjadikan pengajarannya efektif, seharusnya membuat kajian atau penyelidikan mengenai
kaedah yang paling sesuai untuk sesuatu isi pelajaran, topik atau kemahiran. Murid lebih tertarik
kepada kaedah yang kemaskini dan menggunakan peralatan elektronik seperti komputer, internet,
powerpoint, dan video.
     Walau bagaimanapun, guru yang bijak menggunakan gaya tingkah laku dan intonasi suara,
bercerita, memek muka humor, akan tetap menarik minat pembelajaran dan murid mengikuti
pengajaran secara efektif. Guru efektif sentiasa berfikir dan merancang aktiviti penglibatan murid murid dalam pengajaran. Kemahiran berkomunikasi dan interaksi ke pendidikan pelbagai hala
guru-murid, murid-murid, dan murid-guru menjadi teras keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Murid akan merasa pendapat dan kehadirannya diperlukan serta dihargai.
Murid murid perlu mengenali di antara satu sama lain, saling berinterkasi dan menggunakan
panggilan baik-baik. Semasa menyampaikan pengajaran guru seharusnya mempunyai pemikiran
positif dan bersangka-suka terhadap murid agar ilmu yang disampaikan diterima dengan hati
terbuka, ikhlas, telus, tulus, berminda ceria dan humur. Memandang terus dan telus terhadap
individu murid dan melihatnya dengan penuh empati serta.
    Guru seharusnya berkemahiran mengemukakan pelbagai jenis soalan dengan tujuan tertentu
berasaskan konsep penyoalan. Di antara tujuan penyoalan ialah mendapatkan maklumat, menguji
kefahaman, menimbulkan kepekaan, menarik perhatian, membayangkan jawapan, dan
mengukuhkan pemahaman. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran amat berkait rapat dengan
pengurusan bilik darjah yang berdisiplin, susunan meja dan kerusi yang suasana belajar,
persekitaran harmoni keilmuan, dan keceriaan wajah ilmuan. Lantaran sedemikian akan
membolehkan guru melaksanakan perancangan pengajaran dengan berkesan dan pencapaian
pembelajaran maksimum.
   Bilik darjah merupakan medan peranan, tanggungjawab dan amanah seseorang guru dalam
melaksanakan akauntabiliti profesionnya. Seseorang guru dikategorikan sebagai efektif apabila
pengajaran yang disampaikan mendatangkan kesan positif di kalingan pelajar. Tahap efektif guru
lazimnya dikaitkan dengan tahap pencapaian pelajar sama ada dalam perolehan pengetahuan,
kemahiran, pengalaman dan apresiasi. Semua ini menjadi key performance index terhadap
keterampilan guru dan guru efektif. Guru berkebolehan menjangkau perlakuan yang akan berlaku
semasa pengajaran, berjenaka deduktif, dan menggunakan kehadirannya dalam bilik darjah dengan
terbaik dan sepenuh kebaikan.
   Secara rumusnya pengurusan dan pembelajaran pelajar merupakan satu kaedah atau uslub yang sangat efektif dan bijak dalam menjalankan suatu aktiviti pembelajaran. Dengan menggunakan kaedah ini dan memahami konsep ini dengan baik maka guru-guru akan dapat mencapai matlamat dan juga objektif pembelajaran yang akan disampaikan kepada anak-anak murid mereka. Kesimpulannya, pengurusan dalam pengajaran merupakan satu perkara yang sangat penting untuk diaplikasikan dalam setiap sesi pengajaran oleh semua yang bergelar pendidik. hal ini demikian kerana dengan adanya seorang murid yang berjaya pasti akan ada seorang guru yang sangat berusaha untuknya. Oleh itu, pengurusan dan pengajaran ini amatlah berkait rapat sesama sendiri untuk melahirkan suasana pembelajaran yang kondusif seterusnya melahirkan generasi muda yang cemerlang dan gemilang.

No comments:

Post a Comment